Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, September 29, 2009

Salam Aidilfitri..

1 comments
Mama, abah n adam


Selamat Hari Raya..Maaf Zahir n Batin
Tahun ni adam beraya di kajang dulu .. petang sebelum raya abah sibuk buat ketupat palas.. mama pulak buat kek coklat..malam tu pas berbuka opah buat tahlil n bertakbir raya.. pastu apa lagi main bunga api n mercun la..
Pagi raya mama dah kejut n mandi raya.. excited cos first time .. Terkejut punya pasal seharian adam meragam je.. cos xcukup tido n xsedap badan..pape raya tetap raya.. sumer berkumpul di kajang.. makan pelbagai juadah .. rendang , ketupat, lontong yg bestnya ayam golek..pastu beratur tuk bermaafan.. macam2 aksi.. last skali sesi bergambar.. Sebagai tradisi raya kitorg akan jalan raya ke 3 tempat.. setapak..segambut n selayang.. jumpa tok2 saudara .. setiap rumah tu adalah favourite makanan.. semua org tau.. but bagi mama wajik opah lang yg best skali.. pehhh.. lazat hingga menjilat jari.. habis pusing kul 11.00 mlm br sampai umah.. semua keletihan.. ni pun kena pack barang cos soknya nak balik kelantan..
Raya ke2- bertolak ke kelantan area kul 9 pg.. hampir 12 jam perjalanan.. jammed giler bila masuk kelantan.. adam dah start batuk n selsema.. cos kuar masuk aircond.. Badan dia xsedap nak melekap je la..
Raya ke3 - sepupu abah kenduri.. adam start demam.. tgahari tu kena bawak klinik..
Raya ke 4- Pegi beraya ke umah kak abah.. malam tu bbq sate n ayam..
Raya ke 5- Lepak umah je..
Raya ke 6- Pegi terengganu.. spupu mama kawin.. then baru balik kl..


Sunday, September 13, 2009

alkisah..

0 comments
Just untuk berkongsi, malam khamis yang lepas.. dalam kul 12 mama n adam dah tido.. abah tgk movie Ironman.. Dalam kul 1 pg mama terjaga dengar org menjerit2 ingatkan tv tp rupanya org kat luar tengah gaduh.. gaduh sesama jiran hanya kerana sbuah basikal.. sebuah keluarga bergaduh dengan seorg pakistan.. siibu terlanggar basikal org pakistan tu dan xbuat apa2.. tiada maaf atau ganti rugi.. org pakistan guna basikal tu sbg kenderaan tuk ke mana2.. kalo org langgar kereta kita sure kita marah samalah cam org pakistan tu.. dia campak basikal yg rosak tu depan umah kluarga yg langgarnya.. Maka meletuslah segalanya.. keluraga tersebut keluar n start gaduh.. si anak menjerit2 sambil naik motor.. si ibu membebel sekuatnya rasa bingit sangat.. si ayahnya geram sampai pukul org pakistan tu.. org pakistan tu berdiri n tahan je walau dipukul.. kitorg dalam umah ni rasa takut je.. alhamdulillah adam xbgn.. abah n jiran2 lain hanya tengok dr tingkap.. mungkin malas nak masuk campur.. rasa kesiannya kat org pakistan tu.. dah la skrg bulan ramadhan cam xde kesedaran je.. lama jugak la gaduh sampai kul 2.. Akhirnya polis n tuan rumah datang tuk leraikan..Slalunya tengok pergaduhan dalam tv je.. ni bila berlaku depan mata.. tuhan je tau.. minta jauhkan la dr kita..
Sempena hari raya akal menjelma sama2 la kita memohon ampun dan bermaaf -maafan .. Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Thursday, September 10, 2009

persiapan raya..

0 comments
Tinggal 9 hari je nak raya.. Persiapan thn ni la meriah cos belanja sakan tuk adam ..kalah mama n abah.. theme for this year ..soft pink n white.. adam n abah dah siap bj melayu n samping putih..cuma songkok adam susah skit nak cari cos saiz 17.. kalo xde kena la pakai kopiah je.. mama pulak baju kurung pahang pink n white.. baju adam yg lain dah beli masa jualan gudang shah alam n disponsor oleh opah, tokki n ateh..
Thn ni xbestnya xdapat bonus so belanja la berhemah.. brg lain yg nak dibeli sandal n shirt abah.. n tudung mama.. yg lain dah complete..

nanti kita upload gambar..

oklah selamat bepuasa n selamat hari raya...

Friday, September 4, 2009

demam

1 comments

Hari selasa n rabu baru ni adam demam..sampai mama kena cuti rehat kebetulan hari rabu opah kena gi hospital serdang so cuti la jaga dia..xsampai hati nak tinggal asyik nangis n nak melekap je.. .. xtahu la nak pandai apa.. rasanya nak tumbuh gigi air liurnya meleleh je.. tak pun nak dapat kaki.. kalo main walker tu dah jauh pusingnya n boleh berdiri tp kalo biar dia baring diam je just pusing kiri n kanan.. Adam ni kalo nak attract or diamkan dia baca je ayat quran or selawat.. nanti dia pandang je muka kita.. hehehhe.. sejuklah perut mama kalo sampai besar camtu.. InsyaAllah..
Tengokla aksi adam masa demam.. macam2 gaya..



 

Dunia Adam Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates